Followers

Friday, 9 September 2011

Semester tiga dah panggil kita lah!



Assalamualaikum guys! SELAMAT HARI RAYA. dah lama tak update blog. sebelom ni hanya jadi pemerhati kaki update blog saja. kira macam silent reader la (takyah nak macam sangat la, memang ini SILENT READER pun). sekarang ni kalau aku bukak facebook, confirm peng-update-tan status berlaku tentang nak masuk semester baru. biasa la, dah 4 bulan tak basuh otak duduk memerap kat rumah. bagi yang kerja tu lain cerita la. tiap tiap bulan kira duit nak shopping ape kan? haha. takyah nak tipu, kita serupa! (jom sepsep)


aku punye tiket bas hari sabtu malam. aku beli pun last minit. ingat takde tiket dah, baru berangan nak balik nek flight. hahahaha. takde la nak belagak sangat, naik firefly je kan murah! murah nokkkk, baik pegi shopping langkawi. kan?


orait, semester tiga nak start. aku paling semangat nak masuk sebab nak tengok junior! wahahahah. usha sikit sikit, tak salah kan? haha. masuk sem tiga ni kene ubah perangai dah. first, taknak tido dalam kelas lagi. tiap tiap pagi kalau masuk kelas yang tak paham ape, mesti nak tido. setan banyak sangat hinggap kat mata. dok main buai buai lagi. second, takyah nak buat nota cantik cantik sangat. at last tak bace pon dan paling sedih, membazir KERTAS DAN DAKWAT PEN. sungguh membazir bukan? third, taknak belagak pandai. haha. aku memang macam tu. taktau cakap tahu. manusia memang kebanyakan macam tu kan? takpe aku ngaku, aku JUJUR :) fourth, fifth and the next would be thinking of later, because i'm just keep typing here.




takyah nak homesick sangat lah! balik arau pun belom.
hakhak. (mana tak homesick, dah terbiasa kira stock dalam kedai.
takde la pening kepala sangat.
sekarang kene kira matematik ke hape ke... haiyoo =.=')


akujanji diri sendiri :

I've worked too hard
and too long to let anything
stand in the way of my goals.
I will not let my teammates down and
I will not let myself down.



Every great dream begins with a dreamer.
Always remember, you have within you the strength, the patience,
and the passion to reach for the stars to change the world.
HARRIET TUBMAN



So, kepada semua kawan kawan, selamat stadi dan skor yang terbaik untuk sem kali ni. hope to be better than past. strive for the best, stay healthy and may Allah bless all of us :)


Friday, 5 August 2011

Perangai buruk depa bila mai kedai kasut aku.


aku pun tak tau sapa punya perangai customer aku ikut. ntah belah atok dia ka, busu dia ka atau mungkin adek dia. perangai sungguh childish! kalah adek hangpa, hang tau dak? dah masuk dua bulan aku mai keja, nahhhh sama ja perangai tak kira yang muda ka, tua ka, pelbagai kaum lagi. kita semua sama ja. tak lebih baiknya, tak kurang pulak buruknya!


jenis jenis customer yang aku jumpa sepanjang DUA BULAN bekerja :



sepasang pakwe dan makwe, MAKWE sikit punya sombong!

alahai awek. aku senyum dengan hang, hang senyum la balik. hang ingat hang datang dengan balak hang, usha kasut ratus ratus, hang hebat la. padahal hang tak beli pun. hang sombong tak bertempat la awek. jangan risau la, abang hang tu tak kacak mana pun aku nak usha. loghat betul la lu awek! pfftttt!



aku dah serve hang, sikit pun takde TERIMA KASIH!

derr, lu tanya wa jawab. wa tak marah derr, sebab tu memang tugas wa. tapi derr, mana adab lu derr? memang la wa makan gaji kat kedai tu derr. tapi kan derr, hang blah macam tu memang macam pengotoq la hang ni derr. mazhab mana hang ikut derr? adab dah lesap eyhh. mungkin la derr mulut hang banyak emas, takut takut bukak mulut terus jadi kedana. bila aku dah serve hang derr, dari satu kasut ke satu kasut hang tanya. hang tanak beli takpe derr, cakap terima kasih pun cukup. ka, hang takde gigi ni??



tanya diskaun, pastu dok merungut sendiri!

ni la masalah manusia sekarang. masuk kedai kalut kalut. pegang kasut tu, usik kasut ni. gaya membeli dah ada dah. aku tinggal hang tanya, 'saiz 7 ada?'. tapi hang tanya diskaun dulu. tape tape, aku rilek lagi. biasa la semua orang nak diskaun. aku pun macam tu. pergi mana mana kedai dalam mall tu ja, semua pakai harga staff. jimat gaji! tapi kan banyak banyak manusia yang aku perasan, tanya diskaun je mesti merungut nak lebih! '10% jeeee?' nasib baik aku senyum je. dalam hati nak tau aku cakap apa? 'hang balik pi bina kilang kasut sendiri. masa tu nak curik kasut pun boleh!'. haktuiiih pada manusia manusia tu.



alasan ATM machine, sampai sudah tak datang balik!

kes ni dua kali aku kene tipu. uihhh, kemain mamat ni test kasut kasut kat kedai tu. sampai bersepah lantai aku dengan kasut tester yang dia longgokkan. bukan gheti nak letak balik. apa salahnya kalau dah try tu letak balik tempat dia. penat la kalau nak layan 1000 customer macam ni. nasib baik aku pekerja kau pulak pelanggan! test punya test, ALHAMDULILLAH jumpa dah kasut idaman dia. suruh aku ambek stok, aku ambek.

'oke tak saiz yang ni? nak beli?'

'oke lah saiz yang ni. tapi saya takda cash sekarang. nak cucuk dulu. nanti saya datang balik. atm machine kat mane ye?'

'sana'. (sambil jadi pemandu arah dengan menggunakan jari)

aku tunggu punya tunggu, tak datang mamat ni. dasar orang tak berduit! pfffttt lagi!



issshhh. busuk sungguh lu semua bila buat kat orang macam tu. bulan ramdhan ni insaf insaf sikit. sila jaga perilaku di khalayak. bila membeli belah, jangan nak sombong sangat macam mall tu hang yang punya. kita manusia sama ja. ntah ntah hang tu jaga kedai kasut kat floor bawah. laaa, kita sama la macam tu..

p/s : entri pasai orang yang buruk ja. tapi ada je orang cantik perangai datang kedai aku! :)

Tuesday, 2 August 2011

Pig Skin Shoe? Hati hati membeli :)


pada satu hari yang hening ketika bekerja, kawan seMALL aku dok melambai lambai dari kejauhan seberang kedai. aku bekerja di kedai kasut, dia juga bekerja di kedai kasut tetapi berlainan kedai yakni brand yang tak sama. aku pun ponteng ponteng pegi ke kedai beliau.



'yeahh. whats up!' bersapa dalam style america. muahhaa.

'have u ever seen how pigskin shoe looks alike?' ecece, taknak kalah kau berstyle macam aku.

'huh? takkk. jap jap. kedai kau ade ke?

'aku tak sure. emmmm, kau pernah surf tak macam mane bentuk dia. aku pernah cari, then baru
perasan ade sepasang kat kedai aku same dohhhhh'

'OMAGOD!!'



oleh yang demikian, dia tunjuk kat aku sepasang kasut tersebut. serius aku tak pernah ambek tahu dan sebagai langkah berjaga jaga, aku melihat dengan mata kasar aku ni tanpa memegangnya. nanti tak pasal pasal aku kene samak!

then after aku balik rumah, aku try cari gune gugel gambar gambar pig skin tuh. yang ni aku wajib ambil tahu sebab aku pun meniaga kasut. tak pasal pasal aku jual kasut tu dekat customer muslim. mashaAllah, berdosa aku!



....and this is what i'd found!



ayoyoooo. sama la dengan kedai kawan aku tuh. yang paling sadis nya, dia kata dia pernah jual kasut tu dekat sorang customer muslim. kira masa tu dia tak tahu lagi la kan. aku tanya dia, habis, bila ja hang baru prasan?'



ada sorang customer ni. melayu laaaa. dia masuk kedai aku dan kebetulan aku yang serve dia. aku ikut je mana dia pergi. dia angkat kasut aku dok pum pam pum pammmm cakap ade diskaun. pastu dia senyum. dia jalan lagi sampai dia pegang kasut pigskin tu. dia tilik punya tilik sampai 360 dajah dia pusingkan kasut tu. then dia panggil mama dia.

'mama!! see... '(sambil juih juih mulut dia, dia tunjuk kat mama dia)

-pastu dia bla macam tu je. jalan pun laju laju.

aku yang pelik ni usha la kasut tu. masyaAllah baru perasan! jelas sangat kat kasut tu ade bintik bintik tu, tapi kenapa aku tak perasan? dah la masa buat stock in, aku bagai nak rak test saiz aku!



ish ishhh. dunia sekarang tak sensitif langsung pasal hal hal macam ni. tak kan lah kau tak tahu kami tak boleh sentuh BABI!


macam ni kan bagus! sekurang kurangnya kami tahu kami haram memakainya..




NOT FOR MUSLIM! siap diMUMIAkan lagi kasut ni.



kesimpulannya, masa nak beli kasut tu, sila check dahulu. its oll for ur sake! takut takut beli kasut raya pigskin pulak. sesetengah kedai dia tak label sebabnak bagi laku bisnes je. jadi kita la yang perlu ambil langkah supaya tak membelinya.

p/s : aku dah check satu satu kasut kat kedai aku. ALHAMDULILLAH takde pigskin. paling tak kalau customer tanya, 'ni kulit ape dek?' - ntah la bang, kulit kerbau kott! :)


Thursday, 28 July 2011

Tahniah Malaysia!


Harimau dibaham singa kacuk. takde ape yang perlu dikecewakan. walaupun aku dapat tengok second half je, tapi aku tetap sokong team malaysia. kebetulan masa gol pertama tu, aku betul betul keluar dari wangsa walk mall tu tunggu daddy ambek dari tempat keje. terus aku dengar orang teriak, riuh semacam. aku pun join kinja kinja depan mall tu. perghhhhh, gol? HEBAT (DAEBAKKK)!!

naik moto pumpam pumpam, jalan lengang. kiri kanan kedai semua penuh manusia biru! umangggaihhhh. ni baru semangat. suke aku tengok bila semua bersemangat tengok bola. then, berhenti pulak tepi jalan beli milo ais, sambil usha usha tv tengok berapa minit tinggal. masa tu 1-0, tinggal 15 minit lagi. aku doa banyak banyak untuk tambah gol.

BUT, sampai rumah.. mak aku dah monyok! tau dah ni pasai apa... lepas tu aku tak letak harapan apa apa dah. menang memang ajaib lah. dalam aku dok sebok tengok tu, aku bengang betul dengan referee yang bangang tuh. babab baru tau. @%&*$!



'woiii, ref! hang buta ka apa? bodohhh!'

'pasai apa keeper tu dok sakit kepala plak time time nak habis ni? hang sama macama ref!'


mak - dia ada ketumbuhan tuu... :)

kakak - hang kalau pi stadium, ntah jadi pa pon tak tau cekk.


yee. aku memang agak bising kalau pasal bola. aku anti dengan siapa siapa je yang buat taik. HHA. oleh itu jangan cari pasal. nanti kene laser dengan aku!


SURAT LAYANG LAYANG

Kepada : Pasukan Malaysia (pemain, jurulatih, belakang tabir)

ribuan terima kasih atas segala usaha dan keazaman yang ditunjukkan. tiada apa yang perlu dukecewakan apabila gagal kerana gagal itu memberi seribu pengalaman dan motivasi untuk ke hadapan. kami, penyokong setia anda sentiasa di belakang dan akan terus setia tanpa kenal putus asa. InsyaAllah, keajaiban akan datang jua. TERIMA KASIH HARIMAU MALAYA :)


p/s : bangga bila kita berjuang tanpa import. jurulatih dan pemain asli buatan Malaysia. itu yang paling syioook!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails